You are here
berita 

Haram enjin diesel sebab pencemaran

PARIS – PERANCIS. Tiga bandar terbesar di Eropah, Paris (Perancis), Madrid (Sepanyol), dan Athens (Greece) bersama Mexico City (Mexico) mengharamkan penggunaan enjin diesel di bandar tersebut.

Menurut laporan Quartz, enjin diesel melepaskan pencemaran 15 kali ganda dari petrol biasa dan memberikan kesan serius kepada kesihatan.

Langkah tersebut menyasarkan untuk pengharaman enjin diesel sepenuhnya pada tahun 2025.

Langkah berkenaan juga dilaksanakan selepas 467,000 warga Eropah maut dan punca kematian berkaitan dengan pencemaran udara 2013.

Selain itu, kerajaan juga menggalakkan orang awam supaya menggunakan basikal dan pengangkutan awam untuk mengurangkan pencemaran.

“Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dengan pencemaran udara, masalah kesihatan yang berpunca darinya dan kematian yang disebabkan olehnya,” kata Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo.

Kata Anne, masalah serius seperti pencemaran udara berkenaan memerlukan ‘langkah drastik’.

Ketika ini, hampir 50 peratus kenderaan di Eropah menggunakan enjin Diesel, berbanding 3 peratus di Amerika Syarikat (AS).

Mexico City juga merupakan bandar yang paling tinggi kadar pencemaran dengan kualiti udara 59.3, diikuti oleh Los Angeles (37.9), Madrid (37.3), Paris (36), London (32.8), New York (29.9) dan San Francisco (25.1).

sumber:http://www.sinarharian.com.my/global…maran-1.595951

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts