You are here
berita 

Hampir seluruh keluarga kerdil, Sering jadi tumpuan dan ejekan

Quote:

Hyderabad (India): Keganjilan kerana kerdil menyebabkan satu keluarga di India bukan saja menjadi tumpuan orang ramai, malah sering menjadi bahan ketawa

Sembilan daripada 11 ahli keluarga Chauhan di sini, adalah kerdil akibat masalah genetik dikenali sebagai Achondroplasia, yang menyebabkan ‘dwarf’ atau anggota badan menjadi pendek

Mereka adalah keluarga dwarf terbesar di Hyderabad dan sering menjadi tumpuan apabila berada di khalayak ramai

Patriarch Ram Raj, 52, berkata keluarga Chauhan sebelum ini seramai 21 orang dengan 18 kerdil namun ramai sudah meninggal dunia

Menurutnya, dia kini mempunyai tujuh adik beradik perempuan dan empat lelaki, dengan lapan daripada mereka kerdil, termasuk dirinya

“Jika kami keluar, orang ramai datang mengerumuni kami dan bertanya soalan pelik, termasuk ‘Kenapa kamu pendek sangat?’. Ada yang membuat jenaka,” katanya

Menurut Daily Mail. Ram Raj yang berkerja sebagai penyambut tetamu majlis perkahwinan berkata, mendapatkan pekerjaan amat mencabar kepada ahli keluarganya

“Tidak ramai mahu memberi kami pekerjaan. Saya menghadapi banyak masalah kerana mereka akan bertanya, ‘Bolehkan kamu bekerja?’”

“Saya bekerja di kedai runcit seorang saudara apabila tiada majlis kahwin,” katanya

Seorang daripada dua anak perempuannya, Ambika, 27, mahu menjadi akauntan namun berikutan kerdil, peluangnya amat sukar

Menurut Ram Raj, kehidupan ahli keluarganya yang perempuan amat sukar kerana selain sukar mendapat pekerjaan, mereka juga sukar untuk mendapat suami

Mereka yang menghidap Achondroplasia akan mengalami kaki lemah apabila usia meningkat dan Ram Raj sendiri mengakui dia semakin sukar untuk berjalan, seperti bapa dan datuknya malah adik lelakinya tidak boleh berjalan tanpa bantuan

Ram Raj berkahwin dengan wanita normal namun isterinya itu meninggal dunia pada 1992 ketika hamil tujuh bulan anak ketiga mereka

“Ada yang ketawakan dengan keadaan kami yang sukar berjalan, menjalani kehidupan normal dan berkahwin namun kami percaya tuhan memberi keadaan ini kerana kami istimewa,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/202107


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts