You are here
berita 

Guru, pelajar keracunan makanan selepas makan nasi goreng di kantin sekolah

Quote:

Melaka: Seorang guru wanita dan 18 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Keroh di sini mengalami keracunan makanan dipercayai selepas makan nasi goreng di kantin sekolah berkenaan

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, mangsa yang mengadu sakit perut, selain cirit-birit dan muntah, dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Md Yunos Husin berkata, selepas pemeriksaan, 10 pelajar dan seorang guru wanita dibenarkan pulang pada 3.30 petang

“Sembilan lagi pelajar sedang menerima rawatan iaitu tujuh di Hospital Melaka manakala dua lagi di sebuah pusat perubatan swasta

“Jabatan Kesihatan Negeri sudah mengarahkan kantin sekolah ditutup seminggu untuk pemeriksaan,” katanya ketika melawat mangsa di Hospital Melaka

Menurut Yunos, pihaknya memandang serius perkara itu dan jika didapati cuai, pengusaha kantin terbabit akan dikenakan tindakan tegas

http://www.hmetro.com.my/node/196328


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts