You are here
berita 

Guru PASTI didakwa cederakan budak 6 tahun

Guru PASTI, Nur Afiqah Mohamad Helmi, 18, (dua kiri) membayar wang jaminan selepas dituduh atas kesalahan mendatangkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak di pusat itu pada Mac 2017. FOTO Meor Riduwan Meor Ahmad

GURU Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini atas tuduhan mencederakan kanak-kanak lelaki berusia enam tahun pada Mac tahun lalu.

Nur Afiqah Mohamad Helmi, 18, selaku orang yang kena tuduh (OKS), bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan terhadap pertuduhan itu dalam prosiding di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap kanak-kanak berusia enam tahun pada 12.30 tengah hari, 7 Mac 2017, di Pasti Al-Ajwad Taman Kemudi Jalan Kuala Kedah, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Rifaie Mohamed Riyaludin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 12 Februari depan.

Sementara itu, mahkamah membenarkan OKS dilepaskan dengan jaminan RM1,500 dengan seorang penjamin dan sebutan.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2…an-kanak-kanak

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts