You are here
berita 

Guru Ditahan, Disyaki Cabul Pelajar Lelaki

SEORANG guru pendidikan jasmani ditahan kerana disyaki mencabul pelajar di sebuah sekolah tinggi di Pekayon, Jakarta Timur, demikian menurut pihak polis.

Ketua Polis Pasar Rebo, Komisioner Joko Waluyo berkata, penyiasat kini sedang meneliti kemungkinan ada lebih ramai mangsa.

“Setakat ini hanya tiga, kami masih menyiasat kes ini.

“Semua mangsa adalah pelajar lelaki,” katanya pada Jumaat seperti dilaporkan kompas.com.

Menurutnya, guru berkenaan telah ditahan pada 27 Disember lalu.

Sementera itu, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pelindungan Kanak-Kanak (KPAI), Jasra Putra mengesahkan ibu bapa mangsa telah melaporkan kejadian itu pada 23 Disember lalu.

Jasra berkata, pihaknya telah menemui polis Pasar Rebo pada Khamis selepas tersebar dakwaan bahawa lebih ramai pelajar menjadi mangsa guru berkenaan.

Katanya lagi, KPAI telah menggesa polis menyiasat sama ada suspek telah melakukan perbuatan sama ketika bertugas di sekolah rendah di Ciracas, Jakarta Utara.

“Pihak polis bersetuju dengan saranan KPAI dan mereka dijangka melawat sekolah di mana guru berkenaan pernah bertugas,” katanya.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berit…uh7ygYrd442.99

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts