You are here

Guru Dilarang Bawa Telefon Dalam Kelas

PUTRAJAYA: Guru tidak dibenarkan membawa dan menggunakan telefon bimbit di dalam bilik darjah namun boleh membawanya ke sekolah dan disimpan di pejabat atau bilik guru.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, perkara itu merupakan prosedur yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan kepada semua guru.

Ditanya adakah insiden kehilangan telefon bimbit seorang guru di sebuah sekolah di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada 22 Januari lalu berlaku di dalam bilik darjah, beliau berkata, pihak kementerian masih belum menerima laporan penuh daripada polis.

“Saya belum menerima laporan bagaimana dan di mana telefon itu didakwa hilang, laporan dan siasatan sedang dilakukan oleh pihak polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian 22 Januari lalu, seorang pelajar perempuan dari sebuah sekolah di Nibong Tebal dikatakan telah membunuh diri dengan menggantung dirinya di dalam sebuah bilik di rumahnya akibat tertekan selepas dituduh mencuri telefon bimbit seorang guru di sekolah.

Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata, banyak pihak telah mengeluarkan pelbagai kenyataan berhubung insiden tersebut, namun yang terbaik adalah menunggu hasil siasatan penuh daripada polis.

Beliau berkata, sekiranya polis telah mengeluarkan laporan, kementerian pastinya akan mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan hasil siasatan tanpa melindungi mana-mana pihak.

http://malaysiandigest.com/bahasa-ma…lam-kelas.html

Attached Images
File Type: jpg kamalanathan.jpg (69.3 KB)

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts