You are here
berita 

Guru baharu dinasihatkan tidak mohon pertukaran awal

Gambar hiasan.

KUALA NERANG – Guru baharu yang dihantar untuk mengajar di Sabah dan Sarawak dinasihatkan supaya tidak membuat pemohonan pertukaran ke Semenanjung sekurang-kurangnya sehingga jawatan mereka itu disahkan terlebih dahulu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, guru-guru baharu ini perlu menggunakan peluang yang ada untuk menimba seberapa banyak pengalaman mengajar di negeri itu terutama di kawasan pedalaman.

“Guru baharu yang dihantar ke sana janganlah duduk setahun lepas itu hendak balik. Sekurang-kurangnya duduk tiga, empat tahun dahulu.

“Jangan menangis dulu dalam tempoh setahun itu. Ambik peluang yang diberi ini untuk timba pengalaman dan rasai keseronokan duduk di kawasan pendalaman,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Terdahulu, Mahdzir telah melawat dan memberi sumbangan kepada dua penerima di Kampung Padang Bakong, di sini, yang menghidap penyakit angin ahmar dan sakit tua. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten…#ixzz4j3UvrNuz
Hakcipta terpelihara

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts