You are here
berita 

Guna lorong kecemasan & Memotong di garisan berkembar akan di hadapkan ke mahkamah

Quote:

Kuala Lumpur: Pemandu guna lorong kecemasan dan memotong di garisan berkembar sepanjang Op Selamat Tahun Baru Cina 2017 dari 21 Jan-5 Feb ini akan dihadapkan ke mahkamah

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata tiada kompaun akan dikeluarkan bagi kesalahan seumpama itu pada Op Selamat yang menggunakan slogan ‘Pandu Cermat Sampai Selamat’

“Saya bagi amaran awal, jangan nanti kata kita tak bagi amaran,” katanya selepas menghadiri majlis menyalakan tanglung dan persembahan gendang sempena sambutan Tahun Baru Cina 2017

Beliau menarik perhatian bahawa ini kali kedua pesalah jalan raya bakal berdepan tindakan mahkamah selepas ia dilaksanakan buat kali pertama pada Op Selamat Aidilfitri tahun lalu

“Pengguna jalan raya digesa supaya bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan kemalangan dan kematian di jalan raya sepanjang musim perayaan ini

“Ia bukan tanggungjawab kerajaan dan pihak berkuasa sahaja,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/197278


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts