You are here

Gempa bumi gegar Alaska, cetus amaran tsunami

ANCHORAGE: Gempa bumi berukuran 7.9 yang menggegarkan Teluk Alaska awal hari ini, mendorong amaran mengenai kemungkinan berlaku tsunami di Kanada dan pantai barat Amerika Syarikat dan sejauh ke Hawaii, dikeluarkan.

Radio tempatan di pulau Kodiak di Alaska, berhampiran pusat gegaran, menggesa pendengar berada jauh dari kawasan pantai.

“Ini adalah amaran tsunami, bukan latihan. Pergi ke tempat tinggi.

“Jika berada di kawasan rendah, cari tanah tinggi. Pergi setinggi yang boleh,” menurut pengumuman di radio KMXT.

Tiada laporan kerosakan atau kecederaan diterima.

Gempa bumi, pada awalnya berukuran 8.2, berlaku kira-kira 250 kilometer ke tenggara Chiniak, Alaska pada kedalaman 25 kilometer pada jam 12.31 malam waktu tempatan, kata Tinjauan Geologi AS (USGS).

“Jika anda berada di kawasan pantai, pergi ke tempat tinggi. Amaran tsunami bermakna ia berkemungkinan berlaku atau sudah pun terjadi,” kata Pejabat Pengurusan Kecemasan Anchorage dalam amaran bagi Alaska dan British Columbia. – Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/ame…amaran-tsunami

Quote:

Originally Posted by moneymaker3000
(Post 24351090)
Bulan lepas gunung berapi agung, semalam mayon, harini jepun. Nampaknya jajaran lingkaran api menghala ke atas, mungkin melalui alaska tak lama lagi

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts