You are here
berita 

Gelap bagaikan nak hujan, akibat kebakaran tayar terbuang

Asap hitam kelihatan di kawasan Likas kesan daripada kebakaran longgokan tayar di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, di Telipok, Kota Kinabalu petang tadi

Quote:

KOTA KINABALU: Longgokan tayar terbuang di tapak pelupusan sampah Kayu Madang, Telipok, dekat sini, musnah terbakar, petang tadi

Kebakaran itu menyebabkan kawasan sekitar Kota Kinabalu termasuk Likas, Inanam dan Menggatal, gelap seolah-olah bagaikan nak hujan petang tadi, akibat asap hitam susulan kejadian berkenaan

Gambar asap hitam akibat kebakaran itu turut menjadi viral menerusi aplikasi WhatsApp

Bagaimanapun, ketika dihubungi Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata asap hitam itu adalah susulan kebakaran longgokan tayar di tapak pelupusan sampah Kayu Madang

“Bomba menerima panggilan daripada awam mengenai kejadian itu pada jam 3.41 petang. Sebanyak lima jentera bomba dari balai Kota Kinabalu dan Tuaran dengan seorang pegawai dan 26 anggota bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan

“Kebakaran itu membabitkan longgokan tayar di tapak pelupusan sampah berkenaan. Setakat jam 6.45 petang ini, operasi memadam api masih dilakukan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Beliau berkata, punca kejadian masih dalam siasatan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/254741


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts