You are here
berita 

Gara-gara duit RM45, telefon Sony Xperia, Lelaki bakal dipenjara 5 tahun & 2 sebatan

Quote:

KUALA TERENGGANU – Hanya kerana RM45 dan sebuah telefon bimbit Sony Xperia, seorang pemuda dikenakan hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, di sini, hari ini, kerana menyamun dua remaja yang juga masih bergelar pelajar, November lalu

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Mohammad Shahrul Izwan Alias, 23, mengaku salah merompak sebuah telefon bimbit jenis Sony Xperia milik mangsa, Ahmad Syahmer Mohd Zaet, 18 dan beg duit milik mangsa, Muhammad Danial Aqasha Sabri, 15, yang mempunyai wang RM45

Tertuduh mengaku salah melakukan perbuatan itu bersama rakannya, Jarir Ahmad Maarof, 24, di hadapan Petronas Wakaf Baru, Gong Badak, Kuala Nerus, lebih kurang jam 9.30 malam, 9 November lalu

Dia yang berasal dari Seberang Takir, Kuala Nerus, mengaku salah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama-sama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika disabitkan kesalahan

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Mohamad Razali di hadapan Hakim Mohamad Haidar Abdul Aziz

http://www.sinarharian.com.my/semasa…peria-1.608936


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts