You are here
berita 

Ganjaran lebih RM100,000 lepas laptop prototaip dicuri



Project Valerie. – Foto sumber Cnet

AMERIKA SYARIKAT – Pengilang aksesori dan komputer, Razer menawarkan ganjaran AS$25,000 (RM111,862.50) sehingga tertangkapnya pencuri yang mencuri dua prototaip komputer ribanya.

Laporan CNN Money mengatakan peranti berkenaan diambil dari bilik operasi Razer di ketika acara Consumer Electronics Show di Last Vegas, Ahad lepas.

“Pasukan kami menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat konsep dan unit-unit tersebut,” kata CEO Razer, Min-Liang Tan di Facebooknya.

Min-Liang menganggap kejadian berkenaan sebagai salah satu usaha sabotaj industri.

Komputer berkenaan yang dinamakan Project Valerie mempunyai tiga skrin ‘multi-monitor’ yang ditujukan kepada penggemar permainan komputer.

“Kami sudah membuat laporan dan ketika ini bekerjasama dengan penganjur dan pihak berkuasa untuk menyelesaikan isu ini,” kata Min-Liang.

http://www.sinarharian.com.my/global…0-000-1.609627

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts