You are here
berita 

Gambar Harimau Merayau Tepi LPT2 Tular, Perhilitan Buat Pemantauan & Siasatan Lanjut

Quote:

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah PERHILITAN, Abdul Kadir Abu Hashim tidak menolak ada harimau di Bukit Besi, Dungun, Terengganu berhampiran Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas gambar haiwan terancam itu menjadi tular di media sosial hari ini

Menurutnya, beliau turut dimaklumkan berhubung penemuan harimau itu oleh pihak pengurusan lebuh raya berkenaan tadi

Beliau memberitahu sudah mengarahkan petugas dan pegawai Perhilitan Negeri melakukan pemantauan di lokasi berkenaan sejurus menerima maklumat

“Walaupun maklumat yang menjadi tular itu belum dapat disahkan lagi namun PERHILITAN sudah mengambil tindakan segera di lokasi didakwa harimau itu berada

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menyalurkannya kepada PERHILITAN termasuk kehadiran individu disyaki pemburu haram,” katanya

Dalam kejadian 6 Februari tahun lalu, seekor harimau betina mati selepas dilanggar sebuah MPV di Kilometer 321.2, LPT2

http://www.hmetro.com.my/node/194663


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts