You are here
berita 

Gadis tunjuk aksi guna lidah terbelah dua


Lucy McAllister

BRITAIN – Rakaman tular seorang wanita peminat aktiviti tindik dan tatu menunjukkan ‘kebolehan’ memintal lidah membuatkan ramai pelayar loya.

Bukanlah aksi berkenaan yang membuatkan pelayar tidak selesa, tetapi keadaan lidah warga Britain, Lucy McAllister yang terbelah menyebabkan penonton hilang selera.

Dalam video berdurasi 49 saat berkenaan, McAllister menggulung kedua-dua belahan lidahnya dari arah berbeza.

Menurut laporan Dailymail, ‘lidah terbelah’ melibatkan prosedur memotong bahagian tengah lidah dari bahagian depan sehingga menghampiri dasar lidah.

Kebiasaannya, mereka yang menjalani prosedur ‘gila’ tersebut mengambil masa dua minggu atau lebih untuk sembuh dari luka pembedahan.

Selain itu, mereka juga akan mengalami kesukaran untuk bercakap, makan, dan minum.

Apabila ditanya mengenai kesakitan yang dideritainya, McAllister hanya tersenyum.

“Kesakitan lepas bedah tak banyak sangat tapi tak banyak makan dan minum itu yang lebih menyeksakan,” kata McAllister di Instagram.

Sebahagian pelayar melabel McAllister ‘seorang yang gila’.

“Dah macam setan rupanya,” kata John merujuk rupa McAllister yang dipenuhi tindik dan tatu, selain lidahnya yang terbelah.

http://www.sinarharian.com.my/global…setan-1.771305

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts