You are here
berita 

Gadis tingkatan 1 cedera kepala dipijak senior

Kecederaan pelajar perempuan tingkatan satu yang dipercayai dipukul dua pelajar perempuan tingkatan tiga di sebuah sekolah di Bandar Sri Damansara, semalam. FOTO ihsan PDRM

Petaling Jaya: Pelajar perempuan tingkatan satu cedera di kepala dan bahu dipercayai dipukul dua pelajar perempuan tingkatan tiga di sekolah di Bandar Sri Damansara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan daripada pengurusan sekolah terbabit yang memaklumkan pelajarnya cedera akibat dipukul pada 3.15 petang.

Katanya, sepasukan anggota polis ke lokasi bagi tindakan lanjut.

“Siasatan awal dilakukan berdasarkan percakapan saksi mendapati mangsa berselisih faham dengan dua pelajar perempuan tingkatan tiga.

“Akibat perselisihan faham itu, seorang daripada dua pelajar perempuan terbabit menarik tudung mangsa hingga terjatuh, manakala rakannya memijak kepala serta menyepak bahu mangsa hingga menyebabkan kecederaan.

“Mangsa yang cedera di kepala dan bahu di hantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan dan menerima empat jahitan di kepala,” katanya.

Menurutnya, pihak polis sedang mengesan dua suspek terbabit bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

http://www.hmetro.com.my/node/208615

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts