You are here
berita 

Gadis mandi air terjun lemas dihanyut kepala air

PENDUDUK kampung mengangkat mayat Amira Diana Harun, 22, yang lemas ketika mandi di kawasan air terjun Lata Payung, Sungai Tong, Setiu. FOTO ihsan pembaca

Permaisuri: Seorang gadis ditemui lemas ketika mandi di kawasan air terjun Lata Payung, Sungai Tong, dekat sini, jam 2.30 petang tadi.

Mangsa, Amira Diana Harun, 22, dari Kampung Bukit Nenas, Sungai Tong, dikatakan ke kawasan perkelahan berkenaan bersama tunangnya, Asraff Rifaie Maliki, 25, yang juga seorang anggota tentera.

Pasangan itu dikatakan mandi sebelum dihanyutkan kepala air dan tunang mangsa berjaya menyelamatkan diri tetapi gagal menarik mangsa yang terus dibawa arus deras.

Mayat mangsa ditemui jam 4.34 petang oleh tunangnya bersama penduduk kampung yang turut serta mencari mangsa sejurus kejadian berkenaan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setiu Penolong Penguasa Bomba Mohd Anuar Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 2.43 petang sebelum dua jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Selain bomba, operasi sama turut disertai Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.

“Mayat mangsa berjaya ditemui pada jam 4.34 petang dihantar ke Hospital Daerah Setiu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Quote:

Makluman awal 1 Lelaki Melayu / 1 Perempuan Melayu telah dihanyutkan air di Air Terjun Lata Payung Sg.Tong (Kepala Air)
Sg.Tong Rpt: 268/2017
Tarikh: 01/04/2017 @ 1455 hrs.

PENGADU:
Nama: Mohd Azmi Bin Mohamad Hanafi
No. K/P : RF/15xxxx
Umur : 32 Tahun
Kerja : PDRM
Alamat : Balai Polis Sg.Tong 21500 Setiu Trg.

Mangsa selamat :
1.Nama : Asraff Rifaie Bin Maliki
No Kp : 920906-11-xxxx
Umur : 25 Tahun
Kerja : Tentera
Alamat : Kg.Pak Kancil Bdr.Permaisuri Setiu Trg.

Mangsa Hilang :
1.Nama : Amira Diana Bt Harun
No Kp : Belum Diperolehi
Umur : 22 Tahun
Alamat : Kg.Bukit Nenas Sg.Tong,Setiu Terengganu.
Perhubungan : Tunang

TEMPAT KEJADIAN : Air Terjun Lata Payung Sg.Tong,Setiu.

KETERANGAN PENGADU
Pada 1/4/2017 jam Lebih Kurang 2.45 petang ketika saya bertugas dipejabat pertanyaan Balai Polis Sg.Tong Setiu Trg, telah terima panggilan telefon dari orang awam menyatakan telah berlaku kejadian lemas melibatkan seorang perempuan melayu di Air Terjun Lata Payung, Sg.Tong Setiu Trg.Saya jadikan report ini sebagai laporan pertama.Sekian Laporan Saya.

Tindakan Awal Polis.
1. Jam 1440hrs 01/04/2017 terima maklumat dari CCC Trg melalui Mers 999.
2. Jam 1442hrs 01/04/2017 Gerakan Setiu maklumkan kejadian kepada P/KPD Setiu,KBKA Setiu .
3. Jam 1442hrs 01/04/2017 Gerakan Setiu maklumkan kepada JPAM Setiu.
4. Jam 1443hrs 01/04/2017 Gerakan Setiu maklumkan kepada Bomba dan Penyelamat Setiu.
5. Jam 1444hrs 01/04/2017 Gerakan Setiu maklumkan kepada Hospital Setiu.
6. Jam 1450hrs 01/04/2017 Gerakan Setiu maklumkan maklumat awal kepada CCC Terengganu.




http://www.hmetro.com.my/node/217995

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts