You are here
berita 

Gadis diperkosa 6 lelaki termasuk kekasih di malam Ramadan

KOTA BHARU – Polis menahan empat lelaki antara jam 3 hingga 7 petang semalam di rumah masing-masing di Chetok, Pasir Mas, selepas mereka dipercayai terbabit dalam kes rogol secara berkumpulan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, pihaknya memburu dua lagi lelaki yang masih bebas.

Semua suspek berusia antara 20 hingga 32 tahun.

Katanya, mereka ditahan susulan laporan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang dirogol oleh enam lelaki termasuk teman lelakinya antara jam 11.45 malam hingga 4 pagi semalam.

“Kejadian (rogol) berlaku di sebuah pondok di Tok Uban selepas mangsa dibawa oleh teman lelakinya yang berusia 21 tahun.

“Mangsa dirogol secara bergilir-gilir sebelum dihantar pulang ke rumah pada 4 pagi semalam.

“Mangsa tampil membuat laporan polis bersama ibunya,” katanya di Kota Bharu, hari ini.

http://www.hmetro.com.my/mutakhir/20…-bulan-ramadan

Quote:

4 ditahan rogol gadis bergilir-gilir

KOTA BHARU 4 Jun – Kesucian bulan Ramadan tercemar apabila polis menahan empat lelaki yang dipercayai terlibat merogol seorang gadis berusia 17 tahun di Pasir Mas dekat sini malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis negeri, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kejadian tersebut dikatakan berlaku apabila teman lelaki mangsa meninggalkannya di sebuah pondok di kawasan Tok Uban, Pasir Mas.

“Kemudian datang enam kawan teman lelakinya, mereka terus merogol mangsa bergilir-gilir. Teman lelakinya juga turut merogol mangsa yang masih bersekolah itu.

“Kita telah menahan empat suspek berusia 17 sehingga 21 tahun, usaha memburu dua lagi suspek sedang dijalankan,” katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/jena…#ixzz4j1b2RlPe


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts