You are here
berita 

Gadis biar diri diperkosa lepas diugut sebar kisah silam

KUALA TERENGGANU – Seorang gadis mendakwa dirogol lelaki yang baru dikenali Januari lalu, dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Kampung Serada, di sini, pada Februari lalu.

Gadis berusia 24 tahun itu mendakwa pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana takut sering diugut suspek, 30, bagaimanapun mengambil keputusan melaporkan juga perbuatan terkutuk lelaki tersebut, pada 26 Februari lalu.

Keputusan dibuat apabila suspek sekali lagi bertindak mengugut mangsa yang dia akan menceritakan apa yang pernah berlaku sebelum ini di antara mereka selepas bengang mangsa yang sudah memiliki teman lelaki itu tidak mahu keluar bersamanya lagi.

Menurut sumber, peristiwa hitam berlaku terhadap mangsa selepas berkenalan dengan suspek yang bekerja sebagai pemandu lori ketika gadis itu bekerja di sebuah kedai keropok di sekitar kawasan daerah ini, Januari lalu.

Katanya, ia kemudiannya membawa kepada pertemuan kedua apabila suspek dikatakan membawa mangsa bersiar-siar di sekitar bandar raya ini sebelum bertindak memberhentikan keretanya di kawasan sunyi di Kampung Cina, di sini.

“Di situ, suspek terus meraba serta mencium pipi mangsa sebelum gadis itu menolak dan memarahinya, namun suspek dikatakan mengugut akan memberitahu emak mangsa yang gadis itu pernah terlanjur dengan teman lelakinya sebelum ini.

“Mangsa memaksa suspek menghantarnya pulang ke rumah selepas itu, bagaimanapun, suspek sekali lagi mengajak mangsa keluar berjalan pada Februari lalu tetapi mangsa menolak pelawaan itu sebelum diugut perkara sama oleh suspek,” katanya.

Sumber berkata, mangsa bimbang rahsianya yang pernah terlanjur sebelum ini dihebahkan kepada ahli keluarga terpaksa akur dengan pelawaan kedua suspek selain turut menetapkan syarat agar suspek tidak melakukan perkara tidak digemarinya.

Katanya, suspek membawa mangsa ke sebuah rumah kosong di Kampung Serada, di sini, dan sebaik sampai di rumah berkenaan, suspek memaksa mangsa masuk ke dalam rumah sebelum bertindak merogol.

“Mangsa cuba melawan namun tertewas dan hanya mampu membiarkan suspek melepaskan nafsunya, malah selepas peristiwa itu, suspek semakin berani dengan mengajak mangsa melakukan perbuatan sama.

“Setiap kali mangsa menolak ajakan itu, suspek mengugut akan menceritakan kepada orang ramai yang mereka berdua pula pernah terlanjur dan disebabkan tidak sanggup lagi terus diugut, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…linya-1.636741

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts