You are here
berita 

Gadis bawa adiknya bersama lari rumah ikut lelaki

SITI Hajar (kiri) bersama Nur Ismahani belum pulang.

Kuala Kubu Bharu: Dua beradik perempuan berusia 17 dan 15 tahun nekad lari daripada rumah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka semata-mata mahu mengikut seorang lelaki sekampung.

Ketiadaan Siti Hajar Ahmad dan adiknya, Nur Ismahani Ahmad dari Jalan Puteri, Kampung Sungai Tengi itu disedari ibu mereka Rahmah Salleh, 53, pada jam 3 pagi, 14 Januari lalu.

Menurut abang tiri mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Pian, 30, tindakan kedua-dua adiknya itu dipercayai kerana terpengaruh dengan ajakan lelaki yang tinggal sekampung dengan mereka.

“Ibu juga mengesyaki Siti Hajar membawa lari adiknya mengikut lelaki itu, mungkin untuk menemaninya.

“Mereka dikatakan menaiki kereta Proton Wira Aeroback berwarna hitam milik lelaki terbabit,” katanya.

Pian berkata, maklumat terakhir diperoleh daripada rakan Nur Ismahani mengatakan mereka kini berada di Melaka.

Katanya, dia pernah menghubungi telefon bimbit Siti Hajar namun tidak berjawab dan setelah itu talian telefon telah dimatikan.

Pian turut memberitahu Siti Hajar sebelum ini pernah melarikan diri dari rumah dan telah ditemui dengan bantuan pihak polis.

Namun katanya, ini kali kedua dia berbuat demikian dan membawa bersama adiknya tanpa pengetahuan sesiapa.

“Sehingga kini belum ada sebarang berita mengenai mereka dan usaha mencari diteruskan dibantu saudara-mara dan rakan.

“Kami berharap sesiapa yang menemui adik saya supaya menghubungi balai polis berdekatan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/199387

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts