You are here
berita 

Gadis ancam bunuh diri, Abam bomba pujuk 20 minit

Quote:

Kuala Terengganu: Tindakan pantas anggota bomba dan polis berjaya menyelamatkan wanita yang dipercayai cuba membunuh diri dengan terjun daripada tingkat satu bangunan di Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), 12.40 tengah hari tadi

Difahamkan, wanita berusia 32 tahun berasal dari Felda Bukit Banding, Hulu Terengganu bertindak sedemikian selepas dikatakan mengalami masalah kemurungan kerana dipercayai kehilangan anak

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kota Pegawai Kanan Bomba 11, Abdul Halim Mat Adam berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.50 tengah hari sebelum enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, wanita terbabit sedang berdiri di koridar bangunan berhampiran surau yang ada di hentian bas sambil menjerit dan mengugut untuk terjun

“Kami bersama polis mengambil masa selama 20 minit untuk mententeramkan wanita terbabit sebelum dia kembali tenang dan datang ke arah kami

“Wanita terbabit sudah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya

http://www.hmetro.com.my/node/193365


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts