You are here

Filem animasi 3D "Ribbit" versi Melayu selit pelbagai dialek

“Ribbit” versi Melayu selit pelbagai dialek  | Filem animasi 3D terbitan KRU Studios berjudul “Ribbit” bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi dengan dwi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Filem animasi 3D "Ribbit" versi Melayu selit pelbagai dialek , info, terkini, filem Animasi Ribbit,
Bagi menyesuaikan filem ini dengan budaya dan citarasa penonton tempatan, anda bakal menyaksikan karakter dalam karya animasi ini menggunakan loghat dari negeri Kedah, Kelantan, Perak dan banyak lagi sebagaimana yang diolah oleh pengarah hebat Mamat Khalid.
Norman Abdul Halim selaku penerbit filem ini memaklumkan watak Kulup The Bat akan menggunakan suara bintang rock terkenal iaitu Awie dengan menggunakan dialog berdialek negeri Perak dimana watak ini juga dilakonkan suaranya oleh Russell Peters sebagai Deepak untuk versi Inggeris.
Filem animasi 3D "Ribbit" versi Melayu selit pelbagai dialek , info, terkini, filem Animasi Ribbit,
Norman bersama Glam Girls, Johan Raja Lawak dan Chuck Powers.
“Manakala, tiga gadis comel yang menggelarkan diri mereka sebagai Glam Girls akan berdialog dalam loghat Kedah,” ujarnya.

Selain itu, pelawak terkenal Johan Raja Lawak turut muncul sebagai suara latar kepada watak utama filem ini iaitu seekor katak yang bernama Ribbit.

Filem ini mengisahkan kehidupan seekor katak yang mengalami krisis identiti apabila mempercayai dirinya yang sebenar merupakan seorang putera raja yang telah disumpah.

Filem “Ribbit” versi Bahasa Melayu bakal menampilkan Johan Raja Lawak, Awie, Elfira Loy, Izzue Islam dan ramai lagi.

Filem animasi 3D "Ribbit" versi Melayu selit pelbagai dialek , info, terkini, filem Animasi Ribbit,
Bagi mereka yang ingin menonton filem ini untuk versi 3D, anda boleh menonton di pawagam terpilih di TGV Cinemas.

Karya arahan pengarah Chuck Powers ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 4 September depan.

Baca : Jalan Kuching Sesak Teruk Akibat Wanita Tanpa Pakaian

Sumber : tupai.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment