You are here

Faezah Elai Enggan Berlakon Babak yang..

Faezah Elai Enggan Berlakon Babak yang..| Selepas berkahwin dan memiliki anak, pelakon dan peng­acara Faezah Elai mengakui dia le­bih selektif dengan watak ditawarkan dalam drama dan filem ketika ini.
Faezah Elai Enggan Berlakon Babak yang.., info, terkini, hiburan, gosip
Menurut isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanifah, 41, ini, dia juga terpaksa menolak babak panas dan ranjang untuk menjaga statusnya sebagai isteri sekali gus nama baik keluarga kedua-dua belah pihak.

“Sebelum ini, saya pernah berlakon watak suami isteri bergandingan dengan Rusdi Ramli yang juga arahan Heykal tetapi tiada babak panas pun. Saya percaya, tidak semestinya ada babak peluk dan pegang-pegang untuk menggambarkan kemesraan suami isteri dalam drama mahupun filem.

“Ada banyak cara atau simbolik untuk kita menunjukkan kemesraan dalam hubungan suami isteri dalam drama atau filem dan ia bergantung pada kreativiti seseorang pengarah itu,” katanya.

Terus terang, kata pemilik nama sebenar Noor Faezah Elai, 32, ini, dia juga lebih selesa berlakon dalam produksi suaminya sendiri selepas berkahwin.

“Apabila berlakon dalam produksi sendiri kita juga boleh memilih watak yang sesuai untuk dilakonkan. Pada masa sama, saya juga boleh mengatur masa dengan baik dan berlakon mengikut kelapangan. Terbaru, saya bakal beraksi dalam drama arahan suami tidak lama lagi,” katanya.

 photo good_zps9ceffaa5.gif

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment