You are here
berita 

Empat maut berebut makanan

SEORANG pelanggan wanita berjalan melewati para kosong di sebuah pasaraya di Caracas. FOTO AFP

Caracas: Empat orang terbunuh dan 15 lagi cedera dalam keganasan yang tercetus ketika berebut menjarah makanan di Venezuela, lapor media tempatan dan anggota parti pembangkang, semalam.

Kejadian semalam menjadikan jumlah kematian akibat berebut makanan seramai enam orang sejak Disember lalu.

Penduduk di Arapuey, barat Venezuela itu sejak beberapa hari lalu menyasarkan kedai untuk menjarah makanan dengan kira-kira 100 orang ditahan, kata anggota pembangkang Carlos Paparoni.

Seorang lagi ahli Parlimen, Gaby Arellano berkata, kawasan itu kini dipenuhi askar dan polis, manakala pemilik premis perniagaan berusaha melindungi harta benda mereka.

Venezuela berdepan krisis ekonomi akibat kejatuhan harga minyak, inflasi dan rasuah yang menyelubungi negara itu. Beberapa bandar dan pekan lain juga berlaku penjarahan.

Pada Rabu lalu, seorang remaja berusia 19 tahun mati ditembak selepas ratusan orang menjarah lori membawa ayam serta tepung di Guanare.

Manakala pada 31 Disember lalu, seorang remaja perempuan juga berusia 19 tahun mati ditembak di kepala, dilaporkan oleh seorang askar, ketika beratur membeli daging **** yang diedarkan kerajaan.

https://www.hmetro.com.my/global/201…erebut-makanan

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts