You are here
berita 

Emas era Zaman Besi berusia 2,500 tahun ditemui




TIGA utas rantai dan seutas gelang yang dipercayai berusia 2,500 tahun iaitu era Zaman Besi ditemukan di kawasan ladang Staffordshire Moorlands, Britian. – Sumber BBC

LONDON 1 Mac – Dua lelaki menemukan barang kemas yang dipercayai logam emas era Zaman Besi dan tertua pernah ditemukan di negara ini.

Portal BBC melaporkan, Mark Hambleton yang menggunakan alat pengesan logam menemukan barang kemas itu bersama rakannya, Joe Kania selepas mendapat ‘wasiat’ mendiang bapanya agar mencari ‘harta karun’ berkenaan.

Tiga utas rantai dan seutas gelang itu yang dipercayai berusia 2,500 tahun ditemukan di kawasan ladang Staffordshire Moorlands.

Penemuan itu diumumkan sebagai harta karun semasa satu inkues yang diketuai Koroner Ian Smith.

Jurucakap Muzium British, Julia Farley menyifatkan penemuan itu yang dipanggil Leekfrith Iron Ages Torcs sebagai unik dan mempunyai kepentingan antarabangsa.

“Barang kemas itu bertarikh kira-kira 400 hingga 250 sebelum Masihi dan mungkin ukiran emas terawal Zaman Besi yang pernah dijumpai di Britain.

“Gelang itu mungkin dipakai oleh wanita kaya dan berpengaruh atau mungkin perkahwinan orang dari benua lain dengan penduduk tempatan,” katanya.

Menurut inkues itu, gelang tersebut mengandungi sekurang-sekurangnya 80 peratus emas dengan setiap satu mempunyai berat antara 31 dan 230 gram.


Mark Hambleton and Joe Kania.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/luar…#ixzz4a7RgbFI2

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts