You are here

Elly Mazlein Putus Tunang?

Khabar angin mengenai pertunangan antara penyanyi dan pelakon Elly Mazlein dengan Azmi Hatta yang dikatakan sudah putus telah diperkatakan sejak tahun lalu, tetapi Elly mengambil pendekatan enggan mengulas tentang perkara tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan situasi yang dilaluinya.
Elly Mazlein Putus Tunang?, info, terkini, hiburan, gosip artis, penyanyi dan pelakon putus tunang
“Bila dah sampai masanya untuk berkahwin, saya akan menghebahkan berita gembira kepada semua.

“Saya tidak mahu bercerita besar dimana pada akhirnya saya mendapat malu kerana kegagalan perhubungan kami. Biarlah orang nak cakap sama ada kami berpisah atau tidak, saya akan menjelaskan perkara itu apabila tibanya masa nanti,” ujarnya seperti dipetik daripada laporan mStar.


Rasa ralat kerana ibunya, Sabariah Ahmad, tidak sempat melihatnya mendirikan rumah tangga kerana telah meninggal dunia pada Mei lalu, Elly, 34, memberitahu dia tidak merancang untuk membuat majlis secara besar-besaran apabila berkahwin nanti.

“Memang saya sangat ralat kerana mama tidak sempat melihat saya berkahwin. Tetapi mama tahu banyak perkara tentang perhubungan kami dan ada beberapa persiapan (kahwin) yang kami sudah batalkan.

“Apa yang penting sekarang ini, saya hanya mahu fokus pada kerja dan menjaga abah saya yang masih lagi sedih atas pemergian mama,” tambah pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina ini lagi.

Pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 29 Mei 2011 dan sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Disember 2012, tetapi ditangguhkan sehingga ramai beranggapan mereka tidak lagi bersama.

Namun Elly mahupun Azmi masih enggan menjelaskan status hubungan mereka sehingga kini.

Baca : Kereta Audi Milik Fizo dan Mawar Kemalangan

Sumber : tupai.com.my

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment