You are here
berita 

Ekonomi teruk, makin ramai penduduk Venezuela serah, buang anak

Quote:

Caracas: Semakin ramai penduduk Venezuela kini memberi anak mereka kepada orang lain atau membuang, termasuk diisi dalam beg sampah kerana tidak lagi mampu menyara anak-anak

Penduduk negara itu yang kini purata pendapatan AS$50 (RM220) sebulan berikutan kemelesetan ekonomi yang buruk akibat kejatuhan harga minyak menyebabkan mereka tidak mampu menyara kehidupan

Tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan empat badan kebajikan kebangsaan mengesahkan peningkatan ibu bapa menyerahkan anak mereka kepada agensi dan badan kebajikan, rakan atau saudara-mara

Zulay Pulgar, 43, yang menghadapi kesukaran memberi makan kepada diri serta tujuh anaknya berkata: “Lebih baik diberi kepada orang daripada dia menjadi pelacur, menagih dadah atau mati kelaparan.”

Menurut Daily Mail, wanita itu terpaksa meminta jiran mengambil anak perempuannya yang berusia enam tahun Oktober lalu

Mereka hidup dengan pencen bapanya sebanyak AS$6 sebulan (RM26) sedangkan harga barangan keperluan asas di Venezuela kini lebih malah berbanding Amerika Syarikat

Ada kejadian ibu bapa meninggalkan anak-anak mereka begitu saja. Bulan lalu, seorang bayi lelaki ditemui dalam beg di kawasan penduduk kaya di Caracas dan budak lelaki berusia setahun yang amat kurus ditemui ditinggalkan dalam kotak di Ciudad Guayana

Menurut Pulgar, harga seekor ayam memerlukan separuh gaji sebulan manakala sarapan hanya roti dan kopi dengan nasi untuk makan tengah hari dan malam

Menurut pekerja kebajikan, semakin ramai kanak-kanak dan remaja mengemis di jalanan, malah ada yang melacurkan diri

Pengguguran bayi tidak dibenarkan di Venezuela namun alat perlindungan seks, termasuk kondom sukar diperolehi

Venezuela, negara dengan penduduk 30 juta orang yang mempunyai simpanan minyak terbesar dunia itu juga mengalami krisis kekurangan makanan dan setiap hari, barisan panjang orang ramai boleh dilihat pasar raya

Tinjauan oleh Cecodap minggu lalu, mendapati dua pertiga daripada 1,099 ketua keluarga yang mempunyai anak Caracas menyatakan mereka tidak makan secukupnya

Jutaan penduduk kelaparan setiap hari dengan kadar inflasi kini meningkat tiga kali ganda manakala nilai matawang negara itu merudum sehingga 80 peratus

Kerajaan menyalahkan Amerika Syarikat dan pembangkang sebagai punca hingga menyebabkan Presiden Nicolas Maduro mengisytiharkan darurat. Namun, pakar ekonomi berpendapat ia berpunca daripada dasar sosial yang diperkenalkan bekas Presiden Hugo Chavez

.independentsentinel.com

http://www.hmetro.com.my/node/189627


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts