You are here
berita 

Ejek, bergaduh akhirnya dituduh membunuh

SEORANG lelaki Orang Asli didakwa di Mahkamah Majistret Batu Gajah hari ini atas tuduhan membunuh bapa saudaranya di Kampung Gajah, 7 Januari lalu.

Tertuduh Rezeka Ravi, 28, didakwa membunuh Saleh Kambi, 51, di belakang rumah di Kampung Chenderong Kelubi, Sungai Galah, Kampung Gajah antara jam 6 hingga 6.30 petang pada hari berkenaan.

Rezeka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Tertuduh diwakili peguam Raja Segaran hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Fitri Sadarudin.

Pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Hamidah Hamzah dan tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mohd Fitri kemudian menetapkan 14 Mac ini bagi sebutan semula kes.

Pada 7 Januari lalu, mangsa bersama tertuduh dan tiga lagi rakan dikatakan minum bersama sebelum berlaku pertengkaran antara mangsa dengan tertuduh.

Kedua-duanya dipercayai tolak menolak dan saling mencekik sebelum tertuduh dikatakan mengambil sebatang kayu api dari bekas unggun dan memukul kepala mangsa.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, hasil siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai bermula daripada ejek mengejek.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2…tuduh-membunuh

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts