You are here
berita 

Duti eksais MPV, SUV naik 5%

Bangunan Ibu pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Putrajaya. utusan/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 7 April – Duti eksais untuk kenderaan pelbagai guna (MPV), ken*de*raan utiliti sukan (SUV) dan van berkapasiti 1.5 liter ke bawah telah dinaikkan sebanyak lima pe*ratus daripada 60 peratus kepada 65 peratus berkuat kuasa 1 April.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dalam Warta Kerajaan Persekutuan mencatatkan tentang kenaikan duti eksais tersebut yang secara langsung akan menyebabkan berlaku kenaikan harga baharu.

Difahamkan antara model yang terbabit dalam kenaikan duti eksais itu antaranya Perodua Alza, Proton Ertiga, Toyota Avanza, Toyota Sienta dan Honda BR-V yang kesemuanya adalah kenderaan pacuan dua roda.

Menurut Akta Eksais 1976 dalam Perintah Duti Eksais 2017 yang berkuat kuasa 1 April 2017 yang menggariskan bahawa Duti Eksais hendaklah dilevi ke atas dan dibayar oleh pengilang atau pengimport.

“Ia berkenaan dengan barang-barang yang dikilangkan di Malaysia atau diimport ke dalam Malaysia,” jelas dokumen itu yang disiarkan dalam laman web JKDM hari ini.

Tambah JKDM lagi, untuk kenderaan pacuan empat roda dalam segmen yang sama tidak akan berlaku kenaikan tambahan Duti Eksais kerana telah ditetapkan kepada 65 peratus.

Pada 31 Mac 2017, kerajaan te*lah menyemak semula kadar Duti Eksais yang telah termaktub dalam Perintah Duti Eksais 2017.

Apa yang memeranjatkan ialah sehari selepas semakan tersebut, kadar baharu tersebut telah dikuatkuasakan dan sehingga kini semua syarikat automotif yang masih belum mengumumkan sebarang harga baharu untuk model SUV, MPV dan van di bawah 1.5 liter keluaran mereka.

Sumber membe*ritahu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Institut Automotif Malaysia (MAI) telah meminta penjelasan lanjut daripada Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam mengenai kenaikan duti eksais tersebut dan mungkin akan membatalkan peraturan ke atas MPV tersebut.

Sumber juga mendakwa, kenaikan itu disebabkan ‘kekalutan’ sistem kod baharu yang digunakan di dalam proses kategori ken*deraan iaitu MPV yang dikatakan ‘hilang kategori’ dan mendorong JKDM meletakkan MPV ke kategori yang dinaikkan 5 peratus cukai eksais.

http://www.utusan.com.my/bisnes/ekon…aik-5-1.466886

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts