You are here
berita 

Dua pelajar lemas mandi di Pantai Sungai Karang

MAYAT Wan Zulkhairie Abd Wan Aziz, 14, dari Kampung Chengal Lempung, ditemui anggota bomba jam 6.45 petang tadi, kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian di Pantai Sungai Karang, petang tadi

Quote:

KUANTAN: Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditemui lemas, manakala rakannya berusia 16 tahun hilang selepas mandi di Pantai Sungai Karang, di sini, petang tadi

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Gebeng, Mohamad Haniff Sulaiman, berkata mangsa yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di Beserah, di sini, bersama 15 rakan pergi ke pantai itu selepas tamat aktiviti sekolah sebelum empat daripada mereka mandi laut

“Kira-kira jam 6 petang, kumpulan pelajar yang berada di pantai menyedari empat rakan mereka terkapai-kapai ditarik arus deras dan berusaha menyelamatkan mereka

“Namun, mereka hanya berjaya menyelamatkan dua daripadanya, manakala dua lagi hilang dibawa arus deras

“Mayat mangsa pertama, Wan Zulkhairie Abd Wan Aziz, 14, dari Kampung Chengal Lempung, di sini, ditemui anggota JBPM yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 6.45 petang kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian,” katanya

Mohammad Haniff berkata, mangsa kedua, Harmizan Abdul Mutalib, 16, dari Kampung Balok, di sini, masih belum ditemui dan operasi mencari mangsa masih dijalankan

“Seramai kira-kira 20 anggota JBPM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan SAR bagi mengesan mangsa yang masih hilang dengan bantuan penduduk

“Jenazah Wan Zulkhairie dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, untuk bedah siasat,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/264824


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts