You are here
berita 

Dua pacuan empat roda bertembung di selekoh

Keadaan kemalangan di Jalan Keningau-Kimanis pagi tadi.

KENINGAU – Seorang pemandu pacuan empat roda milik Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah cedera parah selepas kenderaan yang dipandunya dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Toyota Hilux di Kilometer 15, Jalan Keningau-Kimanis di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 5.50 pagi tersebut, mangsa Adnan Amirul, 37, yang memandu Toyota Fortuner patah pada bahagian tulang rusuk kiri.

Sementara itu, pemandu Toyota Hilux, Mohd. Nasir Mohd. Nestor, 21,pula hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superitenda Ahmad Jawila berkata, hasil siasatan awal mendapati sebelum kejadian mangsa sedang memandu dari arah Kota Kinabalu manakala Toyota Hilux pula datang dari arah Keningau.

“Semasa melalui satu selekoh yang menurun bukit di lokasi terbabit, kenderaan mangsa dikatakan hilang kawalan dan lalu memasuki lorong kanan jalan dan melanggar Toyota Hilux tersebut.

“Akibat kemalangan itu, mangsa patah tulang rusuk kiri dan segera dikejarkan ke Hospital Keningau untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts