You are here
berita 

Dua lelaki didakwa pecah amanah seleweng 400000 diesel RM702000

SEORANG penolong penyelia stor Rosdan Ismail, 38,(dua dari kiri) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan pecah amanah membabitkan penyelewengan 400,000 liter diesel dengan nilai kerugian berjumlah RM702,000 antara September dan Disember tahun lalu

Quote:

IPOH 10 Mac – Seorang penolong penyelia stor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan pecah amanah membabitkan penyelewengan 400,000 liter diesel dengan nilai kerugian berjumlah RM702,000 antara September dan Disember tahun lalu

Rosdan Ismail, 38, yang diwakili peguam N. P. Ramachandran bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norashima Khalid

Mengikut kedu-dua pertuduhan, Rosdan didakwa sebagai penolong penyelia stor Bulk Fuel Installation (BFI) yang telah diamanahkan ke atas aktiviti penyaluran diesel dari kargo Kapal MT Nautica Johor Bahru ke tangki minyak BFI 2 telah melakukan pecah amanah jenayah

Rosdan didakwa dengan sengaja membenarkan Dudhy Ardhyanto, 38, menyimpan 400,000 liter diesel bernilai RM702,000 dalam tangki Kapal MT Nautica Johor Bahru tanpa disalurkan ke tangki minyak BFI 2

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan tertuduh di Depot Bantuan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut masing-masing pada pukul 10.30 malam, 22 September lalu dan pukul 7.30 pagi, 3 Disember lalu

Pendakwaan terhadap tertuduh dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda serta sebatan

Sementara itu, di mahkamah sama, Dudhy yang merupakan warga Indonesia mengaku bersalah atas dua pertuduhan bersubahat dengan Rosdan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan

Hakim Norashima menetapkan 11 April ini ini sebagai tarikh mendapatkan jurubahasa dan jatuh hukum terhadap Dudhy manakala Rosdan pula dibenarkan ikat jamin RM30,000 bagi kedua-dua pertuduhan

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/mahk…#ixzz4atU7NV1x


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts