You are here

‘Doktor’ kaki lima terkedu

Ramai peniaga warga asing sekitar ibu kota bergerak aktif sebagai ‘doktor palsu’ apabila bebas menjual pelbagai ubat-ubatan seludup termasuk ubat sudah luput tarikh kepada orang ramai.
‘Doktor’ kaki lima terkedu, info terkini, berita,
Pegawai CPF memeriksa ubat yang dirampas di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, semalam.
Kegiatan menyalahi undang-undang itu dikesan hasil risikan pegawai Cawangan Penguatkuasa Farmasi (CPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap kumpulan peniaga ini yang aktif menjual ubat seludup pada harga murah.

Jurucakap CPF berkata, siasatan mendapati peniaga ini gemar menjual pelbagai ubat-ubatan dikawal KKM antaranya seperti antibiotik, ubat antivirus dan pelbagai ubat mengandungi steroid.
Menurutnya, ubat ini dilarang dijual secara bebas berikutan ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor selepas pemeriksaan kesihatan dilakukan.

“Tambah membimbangkan apabila ubat seludup ini boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan sekiranya dimakan tanpa kawalan.

“Sebagai contoh pil corticosteroid dijual boleh merosakkan sistem ketahanan tubuh pada penyakit walaupun pil itu didakwa boleh mengatasi masalah sakit sendi dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, dos berganda diambil pengguna pula boleh menyebabkan penurunan tahap antibodi badan, sekali gus mengakibatkan kesan lebih buruk pada sistem tubuh.

Dia berkata, kegiatan penjualan ubatan haram itu dilumpuhkan selepas sepasukan pegawai CPF Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diketuai Asniza Alias melakukan operasi di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, semalam.

Baca : Koyak Saman Baling Polis

Sumber : hmetro.com.my
 photo good_zps9ceffaa5.gif

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment