You are here
berita 

Ditikam kerana enggan kembali bersama bekas suami

Suspek dipindahkan ke pusat tahanan markas polis daerah Wonosobo selepas disahkan stabil oleh doktor.

JAWA TENGAH – INDONESIA. Seorang wanita mati ditikam bekas suaminya gara-gara dia enggan kembali bersama lelaki tersebut.

Portal berita antarabangsa melaporkan, Walimah, 40, mengalami cedera parah selepas ditikam empat kali oleh Suratman, 45.

Salah satu tikaman dilaporkan tepat mengena bahagian dada hingga terkena organ dalaman penting.

Mangsa yang kehilangan banyak darah segera dikejarkan ke hospital.

Selepas menikam mangsa, Suratman dilaporkan cuba membunuh diri dengan menikam dan merobek perutnya sendiri menggunakan pisau yang sama.

Dia sempat ditahan pihak polis sebelum meneruskan tindakan itu dan turut dikejarkan ke hospital.

Suspek dipindahkan ke pusat tahanan markas polis daerah Wonosobo selepas disahkan stabil oleh doktor.

Dalam pada itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Daerah Wonosobo, Edi Istanto, berkata suspek hilang pertimbangan lantas bertindak membunuh bekas isterinya itu selepas lima kali permintaan rujuknya ditolak oleh mangsa.

Suspek kes bunuh itu mengaku kepada polis bahawa dia berasa sakit hati dengan penolakan tersebut.

Tambah Edi, suspek mengaku mempunyai niat terancang untuk membunuh bekas isterinya berdasarkan kronologi suspek yang meninggalkan rumahnya untuk membeli pisau di pasar, seterusnya menikam mangsa dan mahu membunuh diri.

http://www.sinarharian.com.my/global…suami-1.771273

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts