You are here
berita 

Di China, pengguna perlu imbas muka untuk dapatkan tisu tandas

PENGGUNA perlu menjalani pengecaman muka sebelum boleh mendapatkan tisu percuma di tandas di Beijing. – Agensi


Beijing: Pihak berkuasa bandar raya ini kini giat menggunakan teknologi pengecaman muka di tandas awam di bandar raya itu sebagai cara untuk menghentikan kegiatan mencuri kertas tisu.

Di satu kawasan tumpuan pelancong yang dikenali sebagai Temple of Heaven, pengguna tandas perlu berdiri di hadapan mesin pintar yang dilengkapi kamera berdefinisi tinggi untuk membolehkan muka mereka dicam, menurut laporan akhbar Huanqiu.

Setiap pengguna hanya boleh mengambil sekeping tisu berukuran 60 kali 70 sentimeter. Jika memerlukannya lagi, mereka perlu menunggu selama sembilan minit.

Enam mesin dipasang di tandas di kawasan itu bagi menyekat pengunjung mencuri tisu untuk digunakan di rumah.

Pengguna dikehendaki menanggalkan topi dan cermin mata hitam mereka supaya wajah mereka dicam.

Sebaik dicam, kertas tisu itu akan keluar secara automatik.

Jika wajah sama dicam dalam masa yang singkat, mesin itu tidak akan mengeluarkan tisu.

Berita mengenai pemasangan mesin pintar itu menarik banyak ulasan daripada pengguna media sosial negara itu.

Ada yang mencadangkan supaya pemberian tisu secara percuma dihentikan sama sekali.

Ada juga pengguna berkata, dia yakin mesin itu akan dirosakkan dalam masa terdekat ini.


Pengguna sering mengambil tisu terlalu berlebihan malah ada yang mencurinya untuk digunakan di rumah.

http://www.hmetro.com.my/node/215307

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts