You are here
berita 

Datuk Seri antara didakwa bertumbuk di pusat karaoke



Antara 12 individu termasuk seorang bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merusuh Sabtu lalu. FOTO Mikail Ong

Georgetown: Seramai 12 lelaki termasuk seorang bergelar Datuk Seri dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan merusuh.

Bagaimanapun, semua tertuduh mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamed Amin Shahul Hamid.

Mohamed Amin kemudian menetapkan 5 Mei ini sebagai sebutan semula kes dan membenarkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan masing-masing seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, semua mereka dan beberapa individu yang masih bebas didakwa merusuh di sebuah pusat hiburan di Jalan Burma, di sini.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Bilik E3 Pusat Hiburan Suncity KTV Midland di Jalan Burma di sini, jam 3.58 pagi, 18 Mac lalu.

Tertuduh, Datuk Seri Loh Peng Kok, 35; Tan Ban Chuan, 46; Ng Hao Ning, 29; Muhamad Naim Abdull Rahman, 18; J Shatheeswaran, 24; N Kartiga, 26; Curtis Veeran, 19; Tan Teong Boon, 24; Teoh Chee Seng, 36; Siow Peir Sheng, 24; Teoh Kim Teik, 20 dan Tan Kai Chong, 21.

Pendakwaan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin manakala semua tertuduh diwakili peguam RSN Rayer.

Mohamed Amin membenarkan permohonan Rayer dan memerintahkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin, serta menetapkan 5 Mei ini bagi sebutan semula kes.

http://www.hmetro.com.my/node/215184

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts