You are here
berita 

Dapur Malaysia terus berasap

JAMALULAIL bersama anak dan sukarelawan dihadapan Masjid The Jungle. Gambar kanan, keadaan The Jungle selepas perlarian dipindahkan ke tempat lain.

Kuala Lumpur: Biarpun kem pelarian popular di Perancis dikenali sebagai The Jungle sudah ditutup, pengendali Dapur Malaysia di kem berkenaan akan meneruskan baktinya di tempat lain demi meneruskan amanah jutaan rakyat Malaysia.

Malah, khidmat bakti dan kepakaran dimiliki enam sekeluarga yang menjadikan diri mereka sebagai ‘hamba’ pelarian ditagih badan bukan kerajaan (NGO) dunia.

Bukan satu ataupun dua, sebaliknya puluhan NGO dunia memohon supaya rakyat Malaysia, Jamalulail Ismail, 47, dan isterinya, Sofinee Harun, 41, serta empat anak mereka untuk terus berkongsi pengalaman bagi menyantuni pelarian di kem pelarian lain di seluruh dunia.

Harian Metro difahamkan, pengalaman lebih setahun mengendalikan Dapur Malaysia di kem pelarian di Calais, Perancis membuatkan NGO luar berminat dengan kepakaran dimiliki keluarga terbabit.

Jamalulail yang juga jurutera mekanikal menetap di Seaham, United Kingdom (UK) ketika dihubungi Harian Metro berkata, penutupan kem pelarian di Calais bukanlah penamat untuk mereka sekeluarga bagi menyantuni pelarian.

sumber: http://www.hmetro.com.my/node/186837

.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts