You are here
berita 

Cucu saudara wakil rakyat parah ditetak

Quote:

KOTA BHARU – Cucu saudara kepada seorang wakil rakyat di sini, parah selepas ditetak dua lelaki dalam kejadian di Kampung Cabang Tiga, Bukit Marak di sini kelmarin

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, mangsa berusia lingkungan 20-an mengalami kecederaan di tangan, paha dan lutut akibat diserang menggunakan senjata tajam

Dipercayai mangsa telah pergi ke rumah dua suspek yang terletak di Kampung Cabang Tiga untuk menuntut bayaran sebuah telefon yang dikatakan telah dicuri oleh salah seorang daripada suspek berkenaan

Disebabkan rasa tidak puas hati, suspek telah menetak mangsa bersama rakan-rakannya yang lain dan mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah

Mangsa cedera di bahagian tapak tangan, jari kelingking kirinya patah, luka akibat tetakan senjata tajam di bahagian lengan kanan, paha kanan serta di bahagian bawah lutut kanannya

http://www.sinarharian.com.my/semasa…tetak-1.611716


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts