You are here
berita 

Cium mulut murid lelaki, kerani sekolah agama dipenjara 20 tahun


Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan empat sebatan ke atas seorang kerani sekolah agama yang mencabul dua murid.

KOTA KINABALU: Seorang kerani kewangan sekolah agama dihukum penjara 20 tahun dan empat sebatan, selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan melakukan kelucahan melampau pada Mei dan Ogos tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Ainul Shahrin Mohamad memerintahkan tertuduh, Danny Jaudik, 24, menjalani hukuman penjara 10 tahun bermula tarikh ditangkap iaitu 10 Ogos tahun lalu dan dua sebatan bagi tuduhan pertama.

Hukuman 10 tahun dan dua sebatan turut dikenakan bagi tuduhan kedua dengan hukuman dilakukan secara berasingan iaitu tertuduh diperintah menjalani hukuman selepas selesai menjalani hukuman pertama.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh dituduh melakukan rangsangan yang menjurus kepada kelucahan melampau terhadap seorang murid lelaki berumur 11 tahun di pejabat kerani kewangan sekolah agama terbabit pada Mei 2016.

Tertuduh turut menghadapi tuduhan kedua iaitu membabitkan seorang lagi murid lelaki berumur 11 tahun di pekarangan sekolah berkenaan, 6 Ogos tahun lalu.

Berdasarkan fakta kes bagi tuduhan pertama, tertuduh yang dipanggil ‘ustaz’ mencium pipi mangsa ketika dia bersama rakan lain pergi ke pejabat suspek untuk membayar yuran sekolah.

Tertuduh yang berbaju biru gelap dan berseluar pendek ketika hadir di mahkamah turut didakwa pernah menarik seluar mangsa menyebabkan mangsa takut dan menganggapnya gila.

Bagi tuduhan kedua, berdasarkan keterangan ibu seorang lagi mangsa, anaknya mengadu tertuduh memegang tangan dan mengarahkannya berbogel ketika berada di pekarangan sekolah terbabit pada kira-kira jam 12 tengah hari 6 Ogos tahun lalu.

Mangsa juga memaklumkan bahawa ia bukan kejadian pertama kerana tertuduh didakwa pernah mengarahkannya menanggalkan seluar, selain mencium mulut dan pipi menyebabkan mangsa mengalami gangguan emosi dan meminta ditukarkan sekolah.

Tertuduh yang diwakili peguam Timothy Daut didakwa mengikut Seksyen 377E, Kanun Keseksaan bagi kedua-dua tuduhan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zahidah Abdullah dalam hujahnya berkata, mahkamah wajar mengenakan hukuman berat terhadap mangsa kerana tindakannya menyebabkan imej sekolah agama terjejas.

http://www.bharian.com.my/node/291290

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts