You are here

Chacha Maembong biadap di lokasi penggambaran?

Pelakon muda Chacha Maembong atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, 18, mengakui terkejut apabila dituduh bersikap biadap terhadap pelakon lain di sebuah lokasi penggambaran baru-baru ini.

Chacha Maembong biadap di lokasi penggambaran?, info, terkini, pelakon, hiburan, gosip artis,

Chacha dikatakan telah menghayunkan beg tangan ke kepala seorang pelakon lain kerana didakwa tidak berpuas hati dengan baju yang terpaksa dipakai ketika menjayakan wataknya ketika itu.


“Cerita itu tidak benar sama sekali, saya ingin bercakap dengan pelakon lain pun ada kalanya saya malu, inikan pula sampai tergamak menghayunkan beg tangan. Saya tidak mungkin bersikap kurang ajar seperti itu.
“Saya ini jenis yang tidak pernah kisah tentang baju yang pihak produksi sediakan kerana saya yakin ia sesuai dengan watak saya. Entah daripada mana mereka dapat cerita buruk dan tidak benar ini, saya tak pasti.
“Kalau benar tuduhan saya menghayunkan beg tangan kepada seorang pelakon, saya minta individu itu bersemuka dengan saya untuk selesaikannya cara baik dan bukan melalui media,” jelasnya seperti dipetik daripada laporan mStar.
Adik kepada aktres jelita Emma Maembong ini turut dituduh bersikap diva terhadap kru produksi walaupun baru setahun jagung dalam industri seni ini.
Menurut laporan lain, Chacha pernah dikatakan menyalahkan orang lain kerana kecuaiannya sehingga telefon bimbit miliknya hilang, tetapi aktres ini menafikan dakwaan tersebut.
Walaubagaimanapun, Chacha menganggap kemungkinan besar ada pihak yang tidak bertanggungjawab kurang berpuas hati dengan dirinya dan cuba mengambil kesempatan memburukkan namanya.
Sumber : tupai.com.my

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts

Leave a Comment