You are here
berita 

Ceramah tanpa tauliah: Cadangan penalti lebih berat terhadap penganjur – MB NS

Quote:

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan hari ini mencadangkan agar penalti lebih berat dikenakan terhadap penganjur yang membenarkan mereka tanpa tauliah memberi ceramah agama di negeri ini.

Mohamad berkata cadangan ini akan dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam masa terdekat.

Mohamad yang juga Pengerusi MAINS berkata pihaknya tidak mahu umat Islam khususnya di Negeri Sembilan bercelaru bila terdapat mereka yang menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah

Katanya, pelbagai ajaran yang disebarkan menyebabkan umat Islam huru-hara dan berpecah-belah

“Jadi, banyak kita tangkap. Macam di Kuala Pilah baru-baru ini pun kita tahan. Macam-macam ilmu… ada pula zikir tarik nafas. Pada pandangan saya, umat Islam masa kini banyak bercakap tentang Islam tetapi tidak bekerja untuk Islam,” katanya

Beliau bercakap kepada pemberita selepas perhimpunan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan di Wisma Negeri di sini, hari ini

Menteri Besar berkata, mengikut enakmen tarikat, mereka yang ingin mengajar agama di negeri ini mesti ada tauliah

Pada 5 Januari lepas, seorang penceramah bebas didenda RM900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban selepas mengaku bersalah mengajar agama tanpa tauliah di sebuah surau di Senawang

Mohamad berkata, penganjur ceramah mesti mendapatkan surat kebenaran

“Kadang-kadang, macam orang luar negara datang, dia tidak tahu kerana dia dijemput. Bila dia dijemput bukan salah dia, tapi salahnya penganjur

“Baru-baru ini, orang dari Indonesia datang dan dibawa ke sebuah surau di sini (memberi ceramah). Penganjur adalah surau tersebut… mesti diambil tindakan,” katanya

http://www.astroawani.com/berita-mal…mohamad-128417


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts