You are here
berita 

Celcom sedia khidmat pelanggan layan diri

Quote:

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd memperkenalkan perkhidmatan layan diri berasaskan web bagi membantu pengguna mengurus, mengenal pasti masalah dan menyelesaikan pelbagai isu membabitkan peranti

Ia sekali gus membolehkan pengguna kini tidak lagi perlu tergesa-gesa dan terpaksa mendail Talian Khidmat Pelanggan apabila berhadapan sebarang isu berkaitan peranti pintar mereka

Penyelesaian layan diri percuma itu boleh diakses pada bila-bila masa melalui mana-mana pelayar web, sama ada komputer atau peranti pintar lain

Semua pelanggan Celcom dan juga bukan Celcom, boleh mengakses laman web berkenaan dengan log masuk ke pautan http://www.celcom.com.my/personal/he…device-support

Portal berkenaan menyenaraikan pelbagai jenis model peranti pintar dengan panduan maya terperinci serta senarai soal dan jawab mengenal pasti masalah yang menyeluruh

Pelanggan boleh mendapatkan penyelesaian kepada isu berkaitan peranti atau perisian, tetapan dan sambungan telefon mudah alih, tablet atau jam tangan pintar dalam semua jenis sistem operasi

Disediakan di dalam Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, portal itu menyasar untuk meringkaskan penyelesaian berhubung isu peranti, di samping bertindak sebagai nilai tambah kepada Khidmat Pelanggan Celcom sedia ada

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Operasi Perniagaan Celcom, Azwan Khan Osman Khan, berkata penyelesaian layan diri itu mencerminkan usaha berterusan syarikat untuk memberikan keselesaan terbaik dalam pengalaman pelanggan

Katanya, pelanggan kini boleh menjadi pakar peranti sendiri dalam menyelesai dan menguruskan sebarang isu berkaitan peranti mereka dengan portal sehenti dan ini akan mengurangkan kebergantungan kepada Khidmat Pelanggan Celcom

“Hasrat kami adalah menyediakan pengalaman pelanggan yang terbaik melalui pelbagai saluran, khususnya dalam talian. Ini sekali gus memberi kebebasan kepada pelanggan dalam memilih saluran yang dapat memenuhi keperluan mereka,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/231168


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts