You are here
berita 

Cari rezeki curi lebuh raya 800 meter

Kepingan konkrit di laluan sepanjang 800 meter dijual oleh Zhu selepas dia melihat ia sebagai ‘peluang perniagaan’ yang baik.

SHANGHAI – CHINA. Seorang lelaki licik di timur China mendapat gelaran ‘pencuri lebuh raya’ selepas mencuri jalan konkrit sepanjang 800 meter.

Media tempatan melaporkan perbuatan itu terbongkar selepas penduduk di perkampungan Sankeshu di wilayah Jiangsu membuat laporan polis tentang kehilangan misteri segmen jalan tersebit 24 Januari lalu.

Siasatan pihak berkuasa membawa kepada Zhu yang dipercayai mengupah penggali dan trak untuk mengangkut kepingan konkrit itu ke kilang batu yang membeli bahan tersebut.

“Tiada siapa melalui jalan itu. Jadi, kenapa tidak saya menggali dan menjual kepingan simen tersebut,” menurut laporan China New Service memetik kenyataan lelaki tersebut.

Zhu dibayar 5,000 yuan (RM3,101) untuk 500 tan konkrit terbabit. – AFP

http://www.sinarharian.com.my/global…meter-1.793222

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts