You are here
berita 

Cabul OKU belakang kedai, CCTV dedah ‘kerja’ jiran

Adik mangsa terkejut rakaman 47 saat itu adalah kakaknya yang mengalami masalah mental kesukaran bertutur. ― Paparan skrin Facebook

NILAI, 17 Dis — Seorang lelaki warga emas disyaki meraba seorang wanita yang mengalami masalah mental dan sukar bertutur di belakang sebuah kedai, di sini.

Gelagat lelaki itu, 81, yang didakwa mencabul kehormatan wanita itu, 45, dirakam oleh CCTV kedai terbabit di Mantin, sebelum tular di Facebook sejak kelmarin.

Ketua polis daerah Nilai berkata polis menerima aduan adik mangsa, 33, di balai polis Mantin, selepas melihat rakaman 47 saat itu, pada Rabu.

“Lelaki terbabit terkejut apabila mendapati rakaman berdurasi 47 saat itu adalah kakaknya yang mengalami masalah mental kesukaran bertutur.

“Malah, lelaki itu turut mendakwa suspek yang mencabul kakaknya adalah jiran mereka,” kata Supt Zaldino Zaludin, lapor Harian Metro.

Katanya, suspek itu ditahan kelmarin dan disiasat bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan 233 Akto Komunikasi dan Mutimedia.

sumber: http://www.themalaymailonline.com/pr…ZLPMqHDkKcX.99

.

Related posts