You are here
berita 

Budak umur 12 tahun ditahan kerana positif dadah

Kanak-kanak berusia 12 tahun yang ditahan AADK selepas positif dadah di sebuah hotel bajet. FOTO Ihsan AADK

Butterworth: Seorang budak lelaki berusia 12 tahun antara empat individu ditahan selepas ujian air kencing mereka positif dadah dalam operasi di sekitar Pulau Pinang malam tadi.

Mereka ditahan di beberapa hotel bajet sekitar negeri ini dalam Op Sarang oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Difahamkan, kanak-kanak itu ditahan di dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun.

Jurucakap AADK berkata, dalam operasi itu, seramai 10 orang diperiksa dan empat daripadanya positif dadah.

Menurutnya, turut dirampas ialah 53.5 gram syabu dan 3.65 gram heroin.

“Semua yang ditahan di bawa ke Pejabat AADK negeri untuk tindakan lanjut,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/node/205937

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts