You are here
berita 

Budak patah tangan tersepit mesin pemerah santan

Anggota bomba berusaha mengeluarkan tangan budak lelaki yang tersepit pada mesin pemerah santan di Pasar Awam Bukit Rokan Utara, pagi tadi. FOTO ihsan PDRM

Gemas: Budak lelaki menanggung kesakitan lebih sejam selepas tangan kirinya tersepit pada mesin pemerah santan sebelum berjaya diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Pasar Awam Bukit Rokan Utara, di sini, pagi ini.

Kejadian kira-kira 9 pagi itu berlaku apabila Mohd Faiz Mokhtar, 5, dikatakan bermain mesin berkenaan sebelum tangannya itu tersepit dan patah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas Syed Ammar Syed Abbas berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 9.15 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan tujuh anggota ke lokasi.

“Anggota yang tiba di lokasi segera menjalankan kerja penyelamatan dengan menggunakan alat pemotong khas untuk mengeluarkan tangan kanak-kanak terbabit.

“Operasi mengambil masa kira-kira 20 minit sebelum tangan mangsa berjaya dikeluarkan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada Unit Penyelamat dan Paramedik (EMRS) sebelum dibawa ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut.

http://www.hmetro.com.my/node/190444

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts