You are here
berita 

Budak nyaris maut dilanggar Myvi di stesen minyak

KUANTAN – Seorang kanak-kanak perempuan nyaris maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika mangsa sedang berlari menuju ke arah ibunya yang masuk ke kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di Kampung Awah di Maran petang semalam.

Difahamkan kejadian itu berlaku kira-kira 2 petang apabila mangsa berumur lingkungan lima tahun itu tidak menyedari kemunculan kereta jenis Perodua Myvi yang secara tiba-tiba meluru laju ke arahnya hingga menyebabkannya jatuh tersungkur.

Berikutan kejadian itu difahamkan mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri dan video rakaman kejadian itu dari kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak yang berdurasi 18 saat itu menjadi viral di laman sosial.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran DSP Mat Rizal Mat Radzi ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu.

Katanya, keluarga mangsa telah menarik balik laporan polis dibuat kerana mahu menyelesaikan kes berkenaan secara damai dengan pemandu berkenaan. – Bernama

http://www.sinarharian.com.my/edisi/…empuh-1.609629

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts