You are here
berita 

Budak maut tersekat dalam paip PVC di Indonesia

Paip terpaksa dipotong untuk mengeluarkan mayat seorang kanak-kanak yang disedut.

GORONTALO – INDONESIA. Seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ditemui maut selepas disedut dan tersekat dalam sebuah paip air milik Perusahaan Daerah Air Minum (PDAM), Sabtu lepas.

Menurut laporan Radar Gorontalo, Riky Dehu dikatakan asyik bermain di kawasan tersebut dan terjun ke dalam takungan air kerana menyangka ianya cetek.

Mangsa kemudian disedut oleh paip berkenaan.

Orang awam yang menyedari kejadian tersebut kemudian cuba membantu mangsa tetapi dia tersekat dan terpaksa dikeluarkan bersama paip tersebut.

Selepas paip jenis PVC berkenaan dibelah, mangsa ditemui telah meninggal dunia.

Kejadian masih disiasat oleh polis.

http://www.sinarharian.com.my/global…p-air-1.598136

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts