You are here

Budak maut digilis Toyota Alphard dipandu bapa

Foto sumber fb. Muhammad Haziq 5 tahun.

PONTIAN 22 Dis. – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun maut digilis kereta yang dipandu bapanya sendiri di Jalan Tok Serah, Pulai Sebatang, dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 11.40 pagi itu, sebelum memandu, Zakila Jamaludin, 44, tidak menyedari kehadiran anaknya, Muhammad Haziq Zakila di depan keretanya.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Zakaria Abdul Rahman berkata, kemudian bapanya yang memandu Toyota Alphard tanpa menyedari melanggar dan menggilis kanak-kanak itu.

“Kanak-kanak berusia 5 tahun itu dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pontian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/naha….YVeDjmx2.dpuf

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts