You are here
berita 

Budak lelaki ‘tinggal nyawa ikan’ akibat didera

Abdul Wahib tiga, kiri) melawat kanak-kanak lelaki mangsa dera semalam. FOTO Ihsan PDRM

KANAK-KANAK lelaki berusia setahun sembilan bulan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat dan bergantung hidup pada alat bantuan pernafasan dipercayai didera oleh keluarga angkatnya di Batu Pahat Johor.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, mangsa, Muhamad Al Fateh Abdullah sebelum itu dimasukkan ke wad berkenaan kerana mengalami sawan terlalu lama hingga tidak sedarkan diri.

“Semalam pada pada jam 2.40 petang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, menerima panggilan telefon daripada HSNI menyatakan terdapat seorang kanak-kanak lelaki disyaki didera dan kini menerima rawatan di ICU.

“Mangsa dibawa oleh keluarga ibu angkatnya berusia 34 tahun kerana mengalami masalah sawan. Hospital membuat semakan rekod mendapati mangsa sudah dimasukkan untuk kali yang ketiga dan disyaki ada unsur penderaan memandangkan terdapat beberapa kesan kecederaan lama dan juga kesan kecederaan baru pada tubuh badan mangsa.

“Mangsa pernah mendapatkan rawatan di HSNI untuk mendapatkan rawatan kerana disyaki menghidap penyakit Tibi. Hasil pemeriksaan ke atas mangsa, mendapati terdapat kesan retak pada lengan tangan kanan mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diberikan perlindungan tetapi diserah kembali kepada pangkuan keluarga angkat.

“Pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa juga mendapati terdapat kesan kulit yang melecur di telapak tangan kanan dan kiri serta bahagian telapak kaki kanan mangsa,” katanya.

Beliau berkata, tangkapan dibuat terhadap ibu angkat angkatnya berasal dari Taman Maju di sini dan suaminya iaitu bapa angkat mangsa berusia 30 tahun dari Taman Karang Muhibah, Rengit mangsa bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun.

“Saya meluangkan masa melawat mangsa di hospital pagi tadi dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri dan bertarung nyawa,” katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2…-akibat-didera

Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts