You are here
berita 

Budak lelaki 2 tahun lemas di kolam ikan milik bapa

MUHAMMAD Afiq Hafizul Amri ditemui terapung di tepi kolam ikan sedalam tiga meter, kira-kira 10 meter jarak dari belakang rumah di Kampung Gaung, Beta Hilir, Kota Bharu

Quote:

KOTA BHARU: Seorang budak lelaki berusia dua tahun ditemui lemas di dalam kolam ikan keli di belakang rumahnya di Kampung Gaung, Beta Hilir di sini, hari ini

Dalam kejadian pada jam 10.15 pagi itu, mayat Muhamad Afiq Hafizul Amri, ditemui terapung di kolam ikan keli sedalam tiga meter selepas kehilangannya disedari ahli keluarga

Bapanya, Hafizul Amri Mohd Zain, 31, berkata sebelum kejadian, anak tunggalnya itu berada di halaman rumah bersama isterinya, Farah Farhana Mohamad, 26, manakala beliau pula di belakang rumah untuk memberi makanan kepada biri-biri peliharaannya

“Selepas selesai memberi biri-biri makan, saya ke halaman rumah dan bertanyakan isteri ke mana Afiq dan dia menyangkakan Afiq ada bersama saya

“Cemas dengan keadaan itu, kami sekeluarga segera mencari Afiq dan alangkah terkejutnya apabila ternampak badannya yang terapung di permukaan kolam ikan, ” katanya

Hafizul berkata, ibu saudaranya, Hasmah Awang, 42, segera terjun ke dalam kolam itu dan terus mencapai mangsa yang sudah tidak bernyawa

Katanya, isterinya yang berada di lokasi itu beberapa kali pengsan disebabkan terlalu terkejut dengan kejadian yang menimpa anak mereka

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Setapa Yusoff, mengesahkan kes terbabit

“Anggota polis dari Balai Polis Nilam Puri ke lokasi untuk melihat kejadian manakala pembantu perubatan dari Klinik Lundang Paku, di sini, melakukan pemeriksaan dan kanak-kanak itu disahkan sudah meninggal dunia

“Kes diklasifikasikan mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah,” katanya

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/243172


Anda Juga Mungkin Meminati

Related posts